Persembahan Wayang Kulit Keluarga 69

RBF Online blogspot dipindahkan ke sini untuk sementara waktu sehingga blogspot kembali pulih.

Tiga hari lepas pemandu Anwar Ibrahim membuat laporan polis kononnya kenderaan milik majikannya disabotaj. Laporan dibuat selepas hampir satu bulan kejadian berlaku.

Semalam pula wanita pembohong negara, Wan Azizah merintih dalam satu ceramahnya di Kapar, Selangor supaya cukup-cukuplah memfitnah suaminya kerana mereka sekeluarga telah tersiksa sekian lama.

Pagi semalam pula giliran si anak pembohong membuat laporan polis kononnya ada orang nak culik anaknya. Lihat di sini

Petang semalam pula, penjaga syurga nombor wahid di Malaysia, Al-uLarmak Nik Abdul Aziz Nik Mat , mengeluarkan kenyataan supaya berhenti memfitnah Anwar.

Jika kita lihat kepada rentetan-rentetan peristiwa tersebut ianya seolah-olah telah dirancang dengan teliti. Hari ini aku buat ini, esok kau buat itu, lusa pula kau buat seperti ini.

Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menagih simpati rakyat, terutamanya kaum wanita dan dalam masa yang sama hendak divert fikiran rakyat dari isu liwat dan video seks.

Pas tak usah nak menasihati orang tentang fitnah kerana Pas adalah kilang utama yang mengeluarkan fitnah di Malaysia.

Semasa Anwar dalam Umno, siapakah juara ‘memfitnah’ Anwar siang dan malam ? Siapakah yang mula-mula membongkar Anwar seorang peliwat ? Siapakah yang menggelarkan Anwar sebagai Al juburi ?

Wan Azizah lebih mengenali dan lebih tahu siapa suaminya. Wan Azizah lebih mengenali seluar dalam, baju panas dan kemaluan siapa dalam video seks tersebut. Janganlah hendak kelentong wahai Wan Azizah.

Sampai bila kamu sekeluarga hendak hidup dalam pembohongan ? Sampai bila kamu sekeluarga hendak hura-harakan negara ?

Cukuplah kamu menghuru-harakan negara dengan kes suntikan hiv, arsenik dan sakit belakang 10-11 tahun lampau. Hari ini kamu hendak huru-harakan negara lagi dengan kononnya ada orang sabotaj kereta dan hendak culik cucu kamu.

Sampai bila kita harus membiarkan keluarga puaka ini hura-harakan negara ?

2 Responses to Persembahan Wayang Kulit Keluarga 69

  1. dinzi says:

    RBF

    Moto tu kena tambah lagi: 1 Undi Pas selangkah ke Neraka Akhirat

  2. salehuddin says:

    Salam,

    YA…..SAMPAI BILA KELUARGA TIGA BERANAK INI HENDAK

    MEMPORAK PERANDAKAN NEGARA INI….

    BERHENTILAH MENJADI MUNAFIK…..

    WALLAHUALAM..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: